Friday, July 31, 2009

MANDI WILADAH

Soalan;
Salam Ustaz. Saya ingin meminta penjelasan tentang mandi Wiladah. Apakah dalil yang disandarkan bagi kewajipan mandi wiladah ini? Adakah ia bermakna seorang wanita yang melahirkan anak perlu mandi dua kali; mandi wiladah dan mandi nifas?

Jawapan;
Wiladah bermaksud kelahiran anak termasuklah keguguran (sekalipun hanya berupa segumpal darah atau segumpal daging). Menurut mazhab Imam Syafi’ie, Imam Malik dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat darinya); wanita yang melahirkan anak atau keguguran, ia wajib mandi jika ditakdirkan tiada darah nifas yang keluar. Ini kerana dikiaskan kepada mani. Anak atau janin adalah air mani yang telah menjadi kanak-kanak.
Keluarnya anak atau janin dari faraj dapat diumpamakan seperti keluar mani darinya, maka wajiblah mandi.

Namun jika ada darah nifas yang keluar selepas kelahiran atau keguguran tersebut, maka hukumnya tertakluk dengan hukum wanita yang kedatangan nifas dan ia hendaklah menunggu hingga kering darah nifasnya barulah mandi. Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (kitab Fiqh mengikut mazhab Syafi’ie), pengarangnya menjelaskan; “Kemungkinan berlaku kelahiran tanpa diikuti dengan keluarnya darah. Maka hukumnya ketika itu sama seperti hukum janabah (yakni hukum keluarnya mani iaitu wajib mandi) kerana bayi adalah hasil percampuran dari air mani lelaki dan air mani wanita.

Tidak ada beza pada hukum tersebut sekalipun berbeza rupa kandungan yang dilahirkan atau cara kelahirannya. Namun jika kelahiran diikuti dengan keluarnya darah –sebagaimana yang biasa berlaku-, maka darah itu dinamakan nifas dan ia tertakluk dengan hukum-hakam nifas” (Jil. 1, hlm. 82).

Namun mengikut mazhab Imam Abu Hanifah dan satu riwayat lain dari Imam Ahmad; wiladah tidak mewajibkan mandi kerana tidak ada dalil yang menegaskannya (Lihat; al-Majmu’, 2/168).

Berkata Imam Ibnu Qudamah (salah seorang ulamak mazhab Hanbali) dalam kitabnya al-Mughni; “Yang soheh ialah tidak wajib mandi ke atas wanita dengan sebab wiladah kerana suatu kewajipan hanya sabit dengan nas (dalil) Syarak. Dalam masalah wiladah ini tidak ada nas Syarak yang mewajibkan mandi dan juga tidak ada pengertiannya dalam nas.

Ini kerana bayi yang dilahirkan bukanlah darah dan bukan juga mani, sedangkan yang terdapat di dalam nas (dalil) Syarak; perkara yang mewajibkan mandi ialah dua sebab tersebut (yakni keluar darah dan keluar mani)” (al-Mughni, 1/165).Wallahu a’lam.

Rujukan;
1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawi, jil. 2.
2. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, jil. 1.
3. Al-Fiqh al-Manhaji, Dr. Mustafa al-Khin dan Dr. Mudtafa al-Bugha, jil. 1.
4. Ahkam at-Toharah, Dr. Abdul-Karim Zaidan.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
Website : http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/07/mandi-wiladah.html

Jawapan dari Prof Madya Dr. Anisah Abd Ghani pakar rujuk fiqh dan Usul Fiqh di APIUM.
1. Mandi wiladah memang ada dalam mazhab Syafi`e tapi tidak ada dalam mazhab lain.

2. Mandi Wiladah HANYA bagi mereka yang tidak ada darah nifas maknanya bagi perempuan yang melahirkan anak kemudian selepas sahaja lahir darahnya kering. maka ketika itu perempuan ini tadi kena angkat hadas besar (niat mandi wiladah).

3. Bagi wanita yang bersalin kemudian dituruti dengan darah nifas maka tidak perlu mandi wiladah kerana mandi pun tak memberi apa-apa makna (ia tidak menyucikan apa-apa). Keadaan ini samalah macam isteri yang melakukan persetubuhan dengan suaminya pada waktu malam dan kemudian pada subuhnya didapati keluar darah haidh maka tidak perlulah ia mandi wajib kerana mandi wajib itu tidak membersihkan dirinya yang sedang berhadas besar (dalam haidh). cukup baginya mandi membersihkan dirinya tanpa berniat mengangkat hadas.


P/S: Ramai yang musykil tentang hukum mandi wiladah. Kebanyakannya beranggapan mereka mesti mandi dua kali selepas bersalin (mandi wiladah and mandi nifas). Moga jawapan ini dapat memberi penerangan yang lebih jelas kepada kita semua. Wallahu a’lam.

Wednesday, July 1, 2009

7month..

sbnrnya..xde masa nk update blog..xtau nk update cmner..
skrg dh 7mnth pragnant..perut xde la kedepan sgt..
trget gurl;) based on perut .. scan..mcm gurl..
so dh g shoping last week..asyik trpndang dress n gaun je..
dh borong dh..hehe

a lot of thgs to surf ..
skrg ni tgh usha info on bf..cd..
exited sgt baca blog2 depa yg bf ni..
rasa truja nk join skali..mcm2 dh plan dlm kpala ni..
nk beli pam la..beli tu la..beli ni..
evrythg fr my baby..
bt kena tgk bdget lak..
stakat ni ada duit lagi..lehla nk plan mcm2..

hmm..lg 2 bulan..byk kena plan n buat..
hope to get guide from others...
;)

Tuesday, December 30, 2008

pusing2 putrajaya















Dah dekat 2bulan kami duk putrajaya…xpernah pi jln2 kat taman2 putrajaya ni..punyalah banyak taman, tempat2 menarik kat sini ..So petang tu kami g taman area PICC, cantik gak tempat tu..ramai org jogging, jln2, main layang2..








picnic at Sg Gabai!!




29 Dec 2008, Saturday




Cuti2 ni..xtau nk buat apa..xde plan. Supposedly nak balik kampong, but xjadi..coz raya haji hrtu dh balik kampung..
So plan dengan adik2..gi picnic!!Kebetulan Dik Mat & Nabila ada kat rumah..ajak depa skali..
Afif-xle ikut..sian dia
So kitaorg pi picnic kat Sg Gabai..Langat..adalah dlm 40km kot..
Ramai giler org..sib baikla sampai awal…dpt gak parking yg dekat2 dgn kaki air trjun tu..
Kami naik kawasan atas..nak pengsan panjat tangga..ketar lutut..tapi bila tengok air terjun dia..
waa..hilang sume tu..enjoy giler..bawa bekal
nasi lemak + sandwich + buah2an + air teh + air oren..
Mandi dalam 3 jam..pastu balik dengan happynyer;)




Tuesday, December 9, 2008

my wedding day
















just nak share..our wedding pic wth our friends...
thnx 4 coming...
doakan kami bahagia..sntiasa diberkatiNya..